Imej Inovasi

1. JAWS Software


JAWS atau Job Access With Speech ialah program pembaca skrin komputer dalam Microsoft windows yang membolehkan golongan masalah penglihatan atau buta untuk menggunakan komputer sama ada menggunakan perisian teks ke pertuturan atau “Refreshable Braille Display”.  Perisian ini menyokong semua jenis windows termasuk windows XP. Terdapat 2 versi program iaitu standard dan profesional. Versi standard berfungsi dengan sistem operasi  home windows biasa dan dijual pada harga US$895 manakala versi profesional berfungsi untuk semua sistem operasi dan dijual pada harga US$1095. Di Malaysia perisian ini boleh diperolehi di Malaysian Association for the Blind yang terletak di Jalan Tun Sambathan. Harganya mencecah RM 4000 ke atas untuk 3 kali install.


2. Jam Braille


Jam ini yang telah direka khas oleh designer terkemuka iaitu Wing Li telah diberi nama OOSH. Jam ini direka khas untuk individu yang mengalami masalah penglihatan terutamanya untuk mereka buta kerana konsep Braille diaplikasi dalam rekaannya. Jam yang mempunyai 64 lubang berfungsi untuk memberitahu maklumat mengenai masa. Perkara ini dapat dilakukan kerana lubang yang dibuat dapat membentuk formasi angka Braille bagi menyampaikan waktu. Bukan itu sahaja, malah jam ini dapat mengeluarkan alarm sama seperti jam-jam digital yang lain.


3. Braille e-book



Frenchman Louis Braille merupakan seorang insan yang menjadi pencetus kepada kehidupan OKU maslah penglihatan apabila beliau mencipta Braille pada tahun 1982 bagi membolehkan golongan yang mempunyai masalah penglihatan untuk mengejar perkembangan sastera yang sebelum hanyalah mimpi bagi mereka. walau bagaimanapun pencetakan tulisan Braille adalah tidka sesuai untuk teks yang panjang kerana kos yang tinggi. Oleh itu, sekumpulan pereka telah berusaha untuk mengatasi maslah yang dialami oleh mereka. Seon-Keun Park, Byung-Min Woo, Sun-Hye Woo and Jin-Sun Park telah mencipta satu alat baru yang inovatif iaitu “Braille E-Book”. Braille E-Book ini boleh digunakan untuk menyimpan dan mencetak manuskrip yang besar yang membantu untuk menjimatkan ruang dan kos. Braille E-Book, menggunakan teknologi EAP yang berfungsi untuk mengubah bentuk permukaan melalui isyarat elektromagnetik. Walau bagaimanapun, alat ini tidak banyak terdapat di dalam pasaran kerana harga pasaran yang tinggi.


4. Binocular Telescopic Spectacle Sport Glasses

Produk ini sangat berguna untuk digunakan semasa melakukan aktiviti bersukan. Selain itu, sesuai untuk diguna oleh individu yang mengalami masalah penglihatan terhad kerana produk ini dapat membantu mereka untuk melihat televisyen serta objek-objek yang lain. Kelebihan produk ini adalah boleh diselaraskan mengikut preskripsi mata. Harga cermin mata binocular ini adalah US$89.95


5. Braille Sense Plus



Braille Sense PLUS ialah sejenis alat yang digunakan untuk membuat nota bagi golongan orang kurang upaya penglihatan menggunakan papan kekunci Braille. Saiz alat ini adalah kecil dan mempunyai reka bentuk yang menarik dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Terdapat pelbagai fungsi antaranya ialah “word processor”, “web browser”, “schedule manager”, dan “media player”. Alat ini juga mempunyai perisian internet yang membolehkan penggunannya menghantar e-mel dan boleh dihubungkan kepada komputer menggunakan USB, memori CF dan Bluetooth.  Selain itu, kemudahan audio seperti MP3, MP4, WAV yang dilengkapi dengan set kesan bunyi seperti “BassBoost”, gema dan kesan 3D. Perisian audio ini juga membolehkan pengguna untuk merakam suara.


6. Brainport


Brainport telah dicipta oleh seorang saintis daripada Universiti Pittburg. Alat ini menggunakan teori yang sama seperti koklea implant iaitu kamera mengambil gambar persekitaran dan maklumat tersebut akan diproses oleh cip. Cip tersebut berperanan untuk menukarkan maklumat yang diterima kepada rangsangan elektrik. Rangsangan elektrik yang dihasilkan akan dihantar ke otak melalui lidah. Otak manusia mampu mentafsir rangsangan ini dalam bentu visual seterusnya dan akan diarahkan ke visual kortex untuk membolehkan individu tersebut melihat. Walau bagaimanapun, imej yang dihasilkan tidak sama seperti yang dihasilkan oleh mata sebenar. Imej yang dihasilkan adalah berbentuk pixel dan polygon.


7. Large Fresnel Stand Magnifier




Pembesar yang diperbuat daripada plastik oftalmik ini mempunyai ciri kelebihan seperti menggunakan kanta yang cerah yang membolehkan objek visual dilihat dengan jelas. Pembesar ini sesuai diguna untuk membaca, menulis, membesarkan skrin komputer, membuat hasil kraf dan aktiviti-aktiviti tertutup yang lain. Kuasa kanta pada pembesar ialah 2 kali ganda dengan ukuran kanta adalah 10 inci x 12 inci membolehkan pengguna melihat kawasan yang lebih luas. Pembesar ini boleh diselaraskan mengikut keperluan samada menegak atau mendatar. Pembesar ini juga dilengkapi dengan klip bersalut swivel 1800 dan tapak yang stabil untuk didirikan.


8. Arca Matematik


Ia direka seperti patung dengan kod Nemeth iaitu satu bentuk Braille yang digunakan untuk symbol saintifik. Alat ini direka untuk menggantikan penggunaan abacus dalam pengajaran subjek matematik kepada individu yang bermasalah penglihatan.


9. B & D Messenger


B&D messenger mempunyai saiz yang kecil, ringan dan murah. Produk ini direka khas untuk pengguna yang menghadapi masalah penglihatan dan/atau masalah pendengaran untuk memudahkan mereka berkomunikasi sesame sendiri mahupun dengan pengguna telefon bimbit biasa. B&D Messenger ini terdiri daripada  LCD, papan kekunci standard numerik, dan papan panel huruf Braille. Untuk menggunakannya, B&D Messenger ini harus terhubung ke sebuah komputer yang seterusnya akan menerjemahkan bahasa Braille menjadi teks biasa, mahupun sebaliknya bergantung kepada keperluan. Untuk individu bermasalah penglihatan, butang Braille  yang direka khas boleh digunakan untuk menulis mesej manakala untuk membaca mesej pula mereka boleh memilih sama ada ingin membaca mesej tersebut dalam Braille ataupun diterjemahkan dalam bentuk pertuturan.


10. Tongkat Mygo




Sebastian Ritzler, ialah pelajar reka bentuk di Jerman yang telah mencipta tongkat putih beroda yang dipanggil Mygo. Mygo menggunkana “sensor-kamera” untuk mengukur permukaan lantai di bawahnya dan memberikan maklum balas melalui fon kepala tanpa wayar. Roda yang berada di bahagian bawah tongkat berfungsi sebagai enjin stereng yang membantu pengguna berjalan dengan menyediakan maklum balas melalui gengaman. Ketinggian tongkat ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian, tahan lasak dan kalis air. Menggunakan  bateri lithium-ion yang bertahan selama 6 jam. Tongkat ini berharga $200.

No comments:

Post a Comment