Wednesday, May 18, 2016

Pengenalan kepada Teknologi dalam Pendidikan

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan serta latihan amali yang meliputi aspek konsep, peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan. Melalui kursus ini saya didedahkan tentang prinsip-prinsip penyediaan, penggunaan, pemilihan dan penilaian media pengajaran, serta perancangan pengajaran berpandukan Teknologi Pendidikan yang merangkumi aspek pendekatan sistem, kepelbagaian media dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan. Aspek penerbitan, grafik dan penghasilan media seperti bahan bercetak, bahan dua dan tiga dimensi, transperansi, fotografi, filem slaid, audio, video dan sebagainya bagi tujuan pengajaran-pembelajaran diberi penekanan. Di samping itu juga, saya juga didedahkan dengan isu-isu semasa dan inovasi dalam Teknologi Pendidikan. Kursus ini dikendalikan secara kuliah, tutorial, latihan amali aplikasi bahan sumber media dan tugasan individu. Kursus ini membantu saya untuk membina satu medium pengajaran yang baru dalam pendidikan memandangkan saya kini berada di abad yang ke-21 dan seorang bakal guru. 

No comments:

Post a Comment