Kategori Masalah Penglihatan
Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan penglihatan terhad (low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas iaitu gangguan visual adalah berdasarkan kurangnya ketajaman visual atau kurangnya jangkauan penglihatan. Istilah “visual acuity” sama dengan ketajaman penglihatan. Ini dapat di ukur secara kuantitatif oleh kemampuan untuk membezakan antara simbol-simbol pada suatu jarak yang ditentukan. Hal ini sering dilakukan dengan menggunakan grafik yang mempunyai simbol yang mempunyai pelbagai ukuran. Ketajaman penglihatan pesakit dinyatakan berhubung dengan ketajaman normal. Ketajaman visual dari 6/18 bererti pesakit hanya dapat membezakan antara objek yang berjarak 6 meter dimana orang normal dapat membezakannya pada jarak 18 meter. Jadi ketajaman 3/60 bererti seorang pesakit hanya dapat membezakan antara simbol-simbol pada jarak 3 meter dimana orang normal dapat membezakannya pada jarak 60 meter. Istilah “visual field” sama ertinya dengan jangkauan (area) yang dapat dilihat, sementara mata tetap pada keadaan biasa (Douglas & McLinden dalam Lewis & Norwich 2005). Menurut Jamilah (2005) kebutaan, rabun ataupun penglihatan terhad (low vision), sederhana, teruk dan sangat teruk adalah:
i. Kebutaan:
Penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive).
ii. Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):
Penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut:
a. Sederhana
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta.
b. Teruk
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.
c. Sangat teruk
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.
Menurut Nancy & Kathleen (2005) kedua-dua kategori di atas iaitu kebutaan dan rabun adalah sebagai kerosakan visual termasuk buta kerana menjejaskan prestasi pendidikan individu yang mengalami masalah buta ini. Tempoh termasuk penglihatan kedua-dua tidak sepenuhnya dan buta. Kerosakan ini merujuk terhadap ketidaknormalan mata iaitu saraf optik atau pusat visual untuk otak mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan dikenal pasti mempunyai visual ketajaman 20/70. Sara Begum (2003) menyatakan pelajar yang mengalami masalah penglihatan juga dikategorikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya iaitu Astigmatisme (rabun),glaukoma (tekanan biji mata yang merosakkan saraf urat mata), Strabismus (juling), Ambiplia (mata malas), Diplopia (nampak dua), Albinisme (sensitive pada cahaya), Myopia (rabun jauh) dan Hyperopia (rabun dekat)