Wednesday, May 18, 2016

Kategori Masalah Penglihatan

Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan penglihatan terhad (low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas iaitu gangguan visual adalah berdasarkan kurangnya ketajaman visual atau kurangnya jangkauan penglihatan. Istilah “visual acuity” sama dengan ketajaman penglihatan. Ini dapat di ukur secara kuantitatif oleh kemampuan untuk membezakan antara simbol-simbol pada suatu jarak yang ditentukan. Hal ini sering dilakukan dengan menggunakan grafik yang mempunyai simbol yang mempunyai pelbagai ukuran. Ketajaman penglihatan pesakit dinyatakan berhubung dengan ketajaman normal. Ketajaman visual dari 6/18 bererti pesakit hanya dapat membezakan antara objek yang berjarak 6 meter dimana orang normal dapat membezakannya pada jarak 18 meter. Jadi ketajaman 3/60 bererti seorang pesakit hanya dapat membezakan antara simbol-simbol pada jarak 3 meter dimana orang normal dapat membezakannya pada jarak 60 meter. Istilah “visual field” sama ertinya dengan jangkauan (area) yang dapat dilihat, sementara mata tetap pada keadaan biasa (Douglas & McLinden dalam Lewis & Norwich 2005). Menurut Jamilah (2005) kebutaan, rabun ataupun penglihatan terhad (low vision), sederhana, teruk dan sangat teruk adalah:

i. Kebutaan:
Penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive).

ii. Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):
Penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut:

a. Sederhana
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta.

b. Teruk
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.

c. Sangat teruk
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.

Menurut Nancy & Kathleen (2005) kedua-dua kategori di atas iaitu kebutaan dan rabun adalah sebagai kerosakan visual termasuk buta kerana menjejaskan prestasi pendidikan individu yang mengalami masalah buta ini. Tempoh termasuk penglihatan kedua-dua tidak sepenuhnya dan buta. Kerosakan ini merujuk terhadap ketidaknormalan mata iaitu saraf optik atau pusat visual untuk otak mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan dikenal pasti mempunyai visual ketajaman 20/70. Sara Begum (2003) menyatakan pelajar yang mengalami masalah penglihatan juga dikategorikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya iaitu Astigmatisme (rabun),glaukoma (tekanan biji mata yang merosakkan saraf urat mata), Strabismus (juling), Ambiplia (mata malas), Diplopia (nampak dua), Albinisme (sensitive pada cahaya), Myopia (rabun jauh) dan Hyperopia (rabun dekat)


Definisi masalah penglihatan

Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward (1996),seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.
Menurut Hallahan &Kauffman (2002), kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap)mahupun unjuran cahaya(kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya.
Menurut National Society For Prevention of Blindness(1990),ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan.
Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta. Rabun atau kurang Nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur (penglihatan <3/60) iaitu mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca.

Faktor Masalah Penglihatan

Faktor-faktor masalah penglihatan ini antaranya adalah disebabkan oleh faktor sindrom, baka (masalah penglihatan yang diwarisi), komplikasi pre-natal (sebelum kelahiran hingga semasa kelahiran) dan post-natal iaitu ianya berlaku selepas kelahiran. Selain itu, punca kehilangan penglihatan ini juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami kemalangan yang boleh menyebabkan seseorang tersebut hilang daya penglihatan, ataupun disebabkan oleh penyakit dan jangkitan kuman yang memberikan impak kepadanya untuk kehilangan deria tersebut.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2002), antara jenis-jenis penyakit yang menyebabkan kebutaan ialah katarak, glaukoma, masalah diabetes, kecacatan sejak lahir dan masalah kornea. Selain dari itu, kecederaan dibahagian mata adalah juga penyebab utama boleh menjadikan kebutaan. Sebagai contoh, kebutaan pada sebelah mata. Punca kebutaan ini juga boleh terjadi melalui genetik contohnya“albinism”. Kebanyakan orang yang mempunyai penyakit keturunan seperti albino ini, mempunyai masalah penglihatan dan ada yang buta. “Leber’s congenital amaurosis” ini adalah penyakit keturunan yang menyebabkan kebutaan dan hilang daya penglihatan dari sejak kelahiran ataupun dari zaman kanak-kanak.

Keracunan juga adalah sebahagian daripada punca menghidapi masalah penglihatan. Kebutaan boleh berlaku melalui pengambilan beberapa kimia. Contohnya minuman yang mempunyai alcohol seperti yang mengandungi methanol. Methanol adalah sejenis kimia yang sangat tidak merbahaya walaubagaimanapun jika ianya bertindakbalas dengan ethaol melalui proses metabolisme, methanol akan dipecahkan dan akan membentuk bahan-bahan formaldehid dan asid formic yang seterusnya boleh menyebabkan kebutaan dan pelbagai komplikasi kesihatan yang lain serta boleh menyebabkan kematian. Methanol ini boleh dijumpai dalam minuman yang beralkohol dan spirit.

Menurut Shahrin Ismail dalam bukunya yang bertajuk “Deria Penglihatan Penjagaan dan Rawatan”, Pengaruh keturunan sebenarnya mempunyai sekumpulan sahaja penyakit yang melibatkan penglihatan. Penyakit yang berpunca daripada faktor genetic ini agak rumit dan pengetahuan mengenainya agak terhad. Penyakit keturunan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja walaupun keadaan persekitaran yang baik. Dianggarkan kira-kira 10% hingga ke 15% daripada semua penyakit keturunan yang berlaku pada manusia adalah melibatkan mata, dan lebih sebanyak itu berlaku bersama-sama dengan penyakit sistematik yang lain di mana manifestasi pada mata dapat dilihat
Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.
Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.

  • “Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)


  • "...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa." (Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999)
Pengenalan kepada Pendidikan Khas



Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan kanak-kanak khas, tetapi perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.
Pengenalan kepada Teknologi dalam Pendidikan

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan serta latihan amali yang meliputi aspek konsep, peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan. Melalui kursus ini saya didedahkan tentang prinsip-prinsip penyediaan, penggunaan, pemilihan dan penilaian media pengajaran, serta perancangan pengajaran berpandukan Teknologi Pendidikan yang merangkumi aspek pendekatan sistem, kepelbagaian media dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan. Aspek penerbitan, grafik dan penghasilan media seperti bahan bercetak, bahan dua dan tiga dimensi, transperansi, fotografi, filem slaid, audio, video dan sebagainya bagi tujuan pengajaran-pembelajaran diberi penekanan. Di samping itu juga, saya juga didedahkan dengan isu-isu semasa dan inovasi dalam Teknologi Pendidikan. Kursus ini dikendalikan secara kuliah, tutorial, latihan amali aplikasi bahan sumber media dan tugasan individu. Kursus ini membantu saya untuk membina satu medium pengajaran yang baru dalam pendidikan memandangkan saya kini berada di abad yang ke-21 dan seorang bakal guru. 

Wednesday, March 30, 2016

Pengenalan kepada Blog

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..
Mengenai blog saya ini, saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai Masalah Penglihatan iaitu definisi Masalah Penglihatan, Faktor-Faktor Masalah Penglihatan, Kategori Masalah Penglihatan dan Inovasi Teknologi dalam membantu individu Masalah Penglihatan. Selain itu blog ini juga membuktikan Kepentingan Teknologi dalam Pendidikan yang menjadi satu alternatif baru kepada bidang Pendidikan terutama di Abad ke-21 ini. Saya harap dengan blog ini dapat membantu serba sedikit masyarakat mengenai Masalah Penglihatan serta membuka mata mereka untuk mengetahui info-info khusus mengenai Masalah Penglihatan.